Sesuatu (3)
Muzik klasik yang dipasang bergema dalam kamar
mandi. Kepala paip air diputar setelah tab mandi penuh diisi dengan air. Buih
buih sabun memenuhi ruangan. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam tab
mandi tersebut. Dia terbuai dengan alunan muzik yang mendayu-mendayu. Hilang
segala tekanan kerja yang mendesaknya. Hapus segala kelelahan yang dialami.
Bunyi telefon lantang berdering, lantas dia segera
mengangkatnya.
“Helo”
Tiada sahutan.
“Helo, siapa di sana?”
Sekali lagi tiada yang berbicara. Kali ini hanya
desahan nafas sahaja yang didengari.
Dia mematikan panggilan. “Orang gila la ni. Tiada
kerja.” Sindirnya.
Dia kembali merehatkan tubuhnya dalam tab mandi.
Matanya dipejamkan. Seketika kemudian dia mulai terlena.
PRANGGGG
Dia segera bangun. Namun apa yang lebih
mengejutkan ada seseorang yang berbaju gelap berdiri di sebelahnya. Matanya
tepat memandang ke arahnya. Belum sempat dia bangun menyelamatkan diri, orang
itu tiba-tiba menusuk pisau tepat ke dadanya. Dia terbaring lemah. Tubuhnya
ditusuk lagi dan lagi. Matanya cuba menangkap siapakah gerangan orang itu.
Tetapi matanya perlahan-lahan mulai kabur dan kemudian gelap...
“TIDAKKKK” dia membuka matanya. Gelap. Namun apa
yang pasti dia masih berada dalam postur yang sama dalam tab mandi. “Mimpi
rupanya.” kelunya. Tubuhnya tidak merasakan apa-apa kesakitan. Dia mencapai
telefon yang diletakkan disebelahnya. Lampu suluh di telefonnya dihidupkan.
Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari tab mandi dan menuju ke arah suis
lampu. Tetap tidak hidup.
Dia menyuluhkan cahaya ke arah lampu mentol di
atas. Pecah. Dia mulai berasa pelik. Dia segera memakai baju mandinya dan
melangkah keluar.
Dia berasa lega. Keadaan di biliknya masih sama.
Dia melihat isterinya masih terbaring lena di katil. Namun, keresahannya masih
terasa. Mimpi yang dialami sebentar tadi terasa nyata. Dia duduk di birai katil.
Dia menggerakkan tubuh isterinya berharap dia terbangun. Namun tiada reaksi.
Dia bangun berdiri disebelah isterinya. Dia mengerakkan bahu isterinya dan
memanggilnya. Tetapi tetap tiada sahutan. Dia membuka selimut tersebut.
“Safiyaa!!” terdapat darah bertompok besar di
baju. Dia melihat ada kesan tikaman di tubuh isterinya. Dia bergegas telefon
nombor kecemasan. Namun gagal apabila tubuhnya ditendang jatuh ke lantai.
“Sssiapa kau?!” ujarnya bergetar. Dia bangun
menggagahi dirinya. Dia membalas dengan tumbukan tepat ke muka berulang kali.
Dia segera mengangkat tubuh isterinya berlari keluar dari bilik. Setibanya di
ruang tamu, kepalanya dipukul dengan palang besi. Dia rebah jatuh bersama-sama
isterinya.
Palang besi dilepaskan dari genggamannya. Senyuman
sinis terpalit di wajahnya.
“Fiq! Bangunlah woi!” pekik Am.
Fiq menggeliat malas. “Hujung minggulah, Am.
Apasal bangunkan aku awal sangat.”
“gila kau hujung minggu. Hari ni hari Isnin. Tak
sedar diri ka!”
“Apa?!” Fiq mengambil telefonnya. “betullah la
wei. Matilah aku!”
Am hanya menggeleng kepala melihat telatahnya.
Setibanya di dewan kuliah, dia mendapati Dr Lee
berdiri menulis sesuatu di papan putih. Fiq perlahan-lahan berjalan menuju ke
tempat duduk sebelah Alan.
“kenapa kau tak kejutkan aku?” bisik Fiq.
“dari semalam aku tak balik bilik. Aku tidur luar.
Aku call kau banyak kali, kau tak angkat.” Jawab Alan.
“eh iya kan. Kau ..”
“Fiq! Alan! Bangun!” tegas Dr. Lee. “keluar
sekarang! Saya tidak mahu orang bercerita di kelas saya.”
Mereka berdua berjalan keluar dari dewan kuliah.
“aih malaslah begini. Asyik-asyik keluar kelas. Aku gerenti lepas beberapa
minit kau saja yang dibagi masuk.” Keluh Fiq.
Alan hanya mendiamkan diri.
“eh tapi kau pergi mana semalam?”
“aku balik rumah sepupuku.”balas Alan.
“oo gitu”
“Alan! Dr. Lee suruh kau masuk.” Seorang pelajar
menegur.
“kan dah cakap. Nanti kau bagitahu ja aku apa-apa
yang penting, Alan.”
Fiq malas menunggu lagi di luar bilik kuliah. Dia
terus menuju ke kafe.
Dalam fikirannya juga teringat kembali apa yang
dikatakan oleh Alan. Dia pelik. Tapi dibuang sahaja segala prasangkanya
terhadap Alan. Dia terus melajukan langkah ke kafe.
Suram. Hanya sebuah lampu sahaja yang menyala
menerangi sebahagian kawasan dalam bangunan itu.
“Sialan! Kenapa kau buat aku macam ni?!” dia
bergerak perlahan mengheret kakinya yang berlumuran darah. Mencuba mencari
pintu keluar.
Seseorang berbaju serba hitam menghampirinya.
ARGHHHH!!
Dia mengerang kesakitan saat kakinya dipijak
dengan kuat. Dia terbaring lemah. “Tolong! Jangan sakitkan aku! Lepaskan isteri
aku!” rayunya.
Pistol di tangannya di acukan ke arah lelaki yang
terbaring lemah di hadapan. “Buang masa aku simpan kau”
Peluru tadi tepat terkena pada kepalanya. Tiada
desahan nafas yang didengari lagi.
Tepat jam 3 pagi. Alan masih tidak dapat
memejamkan matanya. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia bangun dari
katilnya dan menuju ke meja belajar. Lampu kecil dihidupkan. Dia membuka buku
notanya. Terdapat banyak keratan akhabar dan gambar yang ditampal di setiap
halaman. Dia meneliti setiap catatannya.
“Pelik. Seperti ada yang tidak selari dengan semua
ni. Mesti ada yang cuba disembunyikan”
“Belum tidur lagi?” sergah Fiq. Alan segera
membuka halaman kosong dalam buku notanya.
“aku tak mengantuk lagi.” Ujar Alan. Fiq menyedari
perubahan reaksi wajahnya. Dia mengangguk kepalanya dan beralih semula ke
katilnya. Sedaya upaya dia buang prasangka yang bermain di fikirannya lagi.
“Alan” ujar Fiq berpaling menghadap Alan.
“kenapa?”
“Aku rasa aku nak balik kampung hujung minggu ni.
Kau nak ikut tak?”
“em tak rasanya. Aku ada kerja nak siapkan.”
“laa balik sekejap saja pun takkan tak boleh.
Jomlah temankan aku. “ ajaknya lagi
“aku kena habiskan juga kerja aku minggu ni. Kau
ajaklah Am. Dia free tu hujung
minggu.” Alan kembali menulis sesuatu di buku catatannya.
“hmm ok la kalau gitu.” Dia kembali merebahkan
dirinya di atas katil. Fikirannya mulai sibuk merencanakan pelan seterusnya.
Fiq bangun awal dan segera menyiapkan dirinya. Dia
melihat katil Alan kosong. Pasti Alan sudah bergerak keluar lebih awal. Fiq
mengambil beg galasnya lalu melangkah keluar. Dia sudah mengagak perkara ini
akan terjadi. Fiq tahu Alan cuma mengelak untuk pulang ke kampung bersama-sama
dengan dia supaya rahsianya tersimpan kemas. Namun ini cuma sangkaan Fiq. Walau
sedaya upaya dia cuba untuk membuang prasangkanya terhadap Alan, tingkah
lakunya makin jelas membuatkan Fiq berasa curiga terhadapnya.
Am juga tidak ada di rumah. “kerja kot.” Fiq
meneliti surat yang berada di atas meja makan satu per satu. Hanya nama surat
Am dan bil-bil rumah sahaja yang ada. Dia meneruskan langkahnya keluar dari
rumah dan mengunci pintu hadapan.
“helo, Am” Fiq menghubunginya.
“aku tengah kerja ni. Ada apa?”
“rajin kau kerja hujung minggu.” Sindirnya. “aku
balik kampung hari ni. aku tak sempat nak bagitahu, kau dah keluar awal pagi.”
“laa balik kampung ka? Kalau tahu aku cancel OT ni.”
“Lain kali saja la kau ikut. Heh. Nanti aku lawat
rumah mak kau”
“ok la, bro. Sampaikan salam dengan dorang. Dahlah
aku nak sambung kerja ni”
“baiklah. Ok, bro” Langkahnya diatur persis pelan
yang telah direncanakan.
Comments
Post a Comment