Posts

Showing posts from February, 2019

Sesuatu (3)

Muzik klasik yang dipasang bergema dalam kamar mandi. Kepala paip air diputar setelah tab mandi penuh diisi dengan air. Buih buih sabun memenuhi ruangan. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam tab mandi tersebut. Dia terbuai dengan alunan muzik yang mendayu-mendayu. Hilang segala tekanan kerja yang mendesaknya. Hapus segala kelelahan yang dialami. Bunyi telefon lantang berdering, lantas dia segera mengangkatnya. “Helo” Tiada sahutan. “Helo, siapa di sana?” Sekali lagi tiada yang berbicara. Kali ini hanya desahan nafas sahaja yang didengari. Dia mematikan panggilan. “Orang gila la ni. Tiada kerja.” Sindirnya. Dia kembali merehatkan tubuhnya dalam tab mandi. Matanya dipejamkan. Seketika kemudian dia mulai terlena. PRANGGGG Dia segera bangun. Namun apa yang lebih mengejutkan ada seseorang yang berbaju gelap berdiri di sebelahnya. Matanya tepat memandang ke arahnya. Belum sempat dia bangun menyelamatkan diri, orang itu tiba-tiba menusuk pisau tepa...

Sesuatu (2)

Bunyi wisel menandakan tamatnya pertandingan bola. Fiq terus bersorak riang apabila kumpulan pilihannya menang perlawanan. “woi sedar diri sikit. Ni baru separuh akhir. Final nanti team kau tu lawan dengan team professional. Kalahlah jawabnya.” Ujar Am “Eleh jeles la tu.” Fiq kembali duduk. Orang ramai juga kembali riuh berborak di restoran mamak itu. Tengah asyik berborak, tiba-tiba Fiq ternampak kelibat Alan di hujung restoran. Berpakaian jaket kelabu dan bertopi hitam. Fiq perasan dia memandang sekilas ke arahnya sebelum mengorak langkah. “Alan!” jerit Fiq. “apahal?” jawabnya. Fiq lantas berpaling semula ke tempat duduk   di sebelahnya. Ternyata Alan ada dekat dengannya. Fiq terkejut. “bukan kau ka berjalan di hujung sana tu?” Fiq menunjukan arah. Namun ternyata tiada orang pun yang berada di sana. “kau mengelamun ni. Tahulah team kau menang perlawanan. Jangan nak over sangat. Aku baru saja keluar dari tandas ni. Takkan aku cepat sangat jalan sampai hu...

Sesuatu (1)

Awan   mulai berarak mendekat. Cahaya mentari perlahan-lahan menghilang. Semakin gelap. Ditambah dengan lantunan bunyi guruh. Selangkah demi selangkah dia bergerak masuk ke dalam bangunan kosong itu. Darah merah pekat mengalir deras dari tangannya. Dia membiarkan palang besi dalam genggamannya menggesek lantai. Menuju ke arah sekujur tubuh di hadapannya yang mulai bangun dari lena. “Tolong! Tolong jangan apa-apakan aku. Aku berikan apa yang kau mau. Aku janji. Tolonglah selamatkan aku!” rayunya. Menggeliat perlahan cuba melepaskan ikatan di badannya. Dia tersenyum sinis. “aku rasa sampai sini saja permainan aku” “Tolong... Jangan!!...” Kepalanya dihentak dengan palang besi itu. dia terus   jatuh terbaring atas lantai. Pisau yang disimpan rapi di atas meja dicapai. Ditusuk tepat ke dada mangsa lalu dibelah hingga ternampak organ dalamannya. Dia tersenyum puas. Mayat mangsa diheret ke dalam stor. “Jaga diri. I’ll be back soon .” Lalu tertawa sendiri. ...