Sesuatu (3)
Muzik klasik yang dipasang bergema dalam kamar mandi. Kepala paip air diputar setelah tab mandi penuh diisi dengan air. Buih buih sabun memenuhi ruangan. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam tab mandi tersebut. Dia terbuai dengan alunan muzik yang mendayu-mendayu. Hilang segala tekanan kerja yang mendesaknya. Hapus segala kelelahan yang dialami. Bunyi telefon lantang berdering, lantas dia segera mengangkatnya. “Helo” Tiada sahutan. “Helo, siapa di sana?” Sekali lagi tiada yang berbicara. Kali ini hanya desahan nafas sahaja yang didengari. Dia mematikan panggilan. “Orang gila la ni. Tiada kerja.” Sindirnya. Dia kembali merehatkan tubuhnya dalam tab mandi. Matanya dipejamkan. Seketika kemudian dia mulai terlena. PRANGGGG Dia segera bangun. Namun apa yang lebih mengejutkan ada seseorang yang berbaju gelap berdiri di sebelahnya. Matanya tepat memandang ke arahnya. Belum sempat dia bangun menyelamatkan diri, orang itu tiba-tiba menusuk pisau tepa...