Posts

Showing posts from November, 2017

ZERO

Botol kaca yang berisi itu disimpan dengan cermat di dalam laci. Hati terdetik rasa bersalah namun tiada apa yang mampu dilakukannya. “ Woi! Apasal kau tak berubah lagi ni? Kau tahu kan arak tu haram. Kenapa kau masih minum lagi?! Dasar pemabuk! Kau buat baik kat orang pun tak berguna juga. Tak dapat nak tutup dosa kau.” bentak Alif saat ternampak apa yang telah berlaku. Yed diam. Lacinya ditutup rapat. “ Dahlah. Aku malas nak layan orang macam kau ni. Dah aku bagi peringatan banyak kali tapi tak nak dengar!” Alif berlalu keluar. _______________________________________ Sinaran matahari menyelusup masuk menerangi biliknya yang suram. Semalam rakan serumahnya, Fiq mengajaknya keluar makan. Hati terpaksa menurut meskipun masih bengang dengan sikap Alif. “ Kau tak payahlah ambil hati sangat kata si Alif tu. Dia memang begitu. Perasan bagus. Dia lupa kita semua ni manusia biasa. Tidak lari pun daripada dosa.”sambung Fiq. Yed kemudia...

Sesuatu (PROLOG)

Ada apa dengan dia? Pertanyaan itu asyik berada di kotak fikirannya. Bertanyakan hal yang sama tanpa bosan. Kerana dia tahu akan ada jawapan yang pasti. Tapi sampai bila harus menanti? Sebulan yang lalu.... “ Fiq, boleh aku pinjam kejap kereta kau? Aku ada hal kat luar” “ Ok, boleh bro. Tapi sebelum tu, kau ada jumpa El tak sepanjang hari ni? Aku risaulah. Dari semalam lagi aku tak nampak batang hidung dia.” “ alaa kau jangan risaulah. Dah besar dah budak tu. Pandai-pandailah dia bawa diri. Dahlah. Aku gerak dulu.” Dia mengambil kunci kereta dan berlalu keluar. Perjalanan ke kolej mengambil masa setengah jam dari kawasan perumahannya. Disebabkan beberapa kertas kerja yang tertinggal dia kembali ke kolej. Namun terasa seolah-olah ada yang mengikutinya dari belakang. Tiba-tiba bahunya ditepuk “ Am..” “ El! Kau buat aku terkejutlah. Mana kau pegi? Ni pucat semacam ni kenapa?” Dia terdiam membisu “ hmm tak apalah. Kau tunggu dalam ...