Sesuatu (PROLOG)
Ada apa dengan dia?
Pertanyaan
itu asyik berada di kotak fikirannya.
Bertanyakan
hal yang sama tanpa bosan. Kerana dia tahu akan ada jawapan yang
pasti. Tapi sampai bila harus menanti?
Sebulan
yang lalu....
“Fiq,
boleh aku pinjam kejap kereta kau? Aku ada hal kat luar”
“Ok,
boleh bro. Tapi sebelum tu, kau ada jumpa El tak sepanjang hari ni?
Aku risaulah. Dari semalam lagi aku tak nampak batang hidung dia.”
“alaa
kau jangan risaulah. Dah
besar dah budak tu. Pandai-pandailah dia bawa diri. Dahlah. Aku gerak
dulu.” Dia mengambil kunci kereta dan berlalu keluar.
Perjalanan
ke kolej mengambil masa setengah jam dari kawasan perumahannya.
Disebabkan beberapa
kertas kerja yang tertinggal dia kembali ke kolej. Namun terasa
seolah-olah ada yang mengikutinya dari belakang. Tiba-tiba bahunya
ditepuk
“Am..”
“El!
Kau buat aku terkejutlah. Mana
kau pegi? Ni pucat semacam ni kenapa?”
Dia terdiam
membisu
“hmm
tak apalah. Kau tunggu
dalam kereta. Kejap lagi aku datang”
“Am..”
Panggilannya tidak disahut.
Setelah
mengambil kertas kerjanya dia terus melangkah keluar. Dia tidak betah
berlama-lama di dalam. Suasana yang sunyi agak merisaukan. Namun apa
yang lebih merisaukan adalah ketiadaan El dalam kereta. Puas
dia mencari di semua kawasan tetapi hampa. Dia pergi entah ke mana.
Dia hilang.
Itulah jawapan yang pasti untuk dikatakan
Fiq dan Am
mencuba mencarinya namun masih tidak dapat. Bertanyakan pada teman
sekelasnya juga tiada sebarang jawapan yang memuaskan. Kemana dia?
Berminggu
sudah berlalu namun tiada kelibatnya kelihatan.
Malam itu
hujan lebat. Fiq tidak dapat melelapkan matanya. Dia keluar dari
biliknya dan menuju ke ruang tamu. Dia mendapati Am juga berada di
situ.
“apasal
tak tidur lagi?”
“aku
tak dapat tidur la”
Masing-masing
melayan siaran di televisyen. Tiba-tiba kedengaran ketukan perlahan
di pintu.
Am dan Fiq
saling berpandangan.
“dah
lewat malam dah ni weh. Kau nak buka pintu juga?”
“kau
ni.. Dah jangan nak fikir bukan-bukan pula”
Am lalu
membuka pintu.
“Ya
Allah! El !! puas kami cari kau. Kau hilang ke mana?”
El hanya
tertunduk diam. Seolah-olah ada bebanan besar tergalas di bahunya.
Pagi esoknya
Fiq dan Am bangun lambat. Am yang menyedari ketiadaan El di katil
sebelahnya terus bergegas keluar dari bilik.
Lega. El
tengah makan di ruangan dapur.
“em
El. Kau okey ka ni?” kerusi di hadapannya di tarik.
“aku
ok. Eh minumlah. Penat-penat aku buat air ni. Fiq tak bangun lagi?”
“dia
tu macam biasa lah. Lewat bangun.”
Sepi. Hanya
hirupan air didengari.
Nak
tanya ka tak payah? Aish tanya ja lah. Tapi nanti dia...bisik
hati Am.
“Am.
Korang cari aku ka selama ni?”
eh eh dia
ni. Itu pula dia tanya.
“Mestilah.
Kami setengah mati cari kau. Hampir-hampir mau laporkan kau diculik”
“Maaflah.
Aku banyak susahkan kamu. Aku ada benda nak cerita. Tapi aku rasa
bukan masanya. Aku harap korang faham.”
“nak
faham apanya kalau kau tak buka mulut nak cerita. Kita dah kenal lama
dah, El. Buruk baik kau kami dah tau. Begitu juga kami ni. Jadi
rasanya tak ada apa nak sembunyikan.”
“kau
tak faham.”
“ya.
Memang aku tak faham. Aku tak faham dengan diri kau ni yang
balik-balik hilangkan diri. Bila something berlaku, kau diamkan.
Nanti tak pasal-pasal kami juga yang kena akibatnya.”
senyap.
“kau
jangan nak salah faham pula bila aku cakap macam tu. Bukan maksud aku
nak cakap yang kau ni bebankan kami. Kami sahabat kau. Susah mana
pun, kami tetap tolong kau.” sambung Am
El
diam. Dia sambung makan. Namun, makanannya itu seperti sukar baginya
untuk ditelan. Sama seperti kata-kata Am.
“betul
tu, El” sapa Fiq dari belakangnya. Entah bila dia ada di situ. “aku
tak nafikan terkadang aku buat tak tahu saja dengan kau. Tapi bila
kau dah jadi macam ni, aku rasa sesuatu tidak kena dengan kau. Kami
tak ada niat lain selain nak bantu kau.”
Berat. Ya
memang berat buat El pada waktu ini. Dia seolah-olah tersepit dalam
relung kepayahan yang dia bina.
Dia tolak ke
tepi pinggan yang berada di hadapannya. Tangannya digenggam kemas.
Seperti mencuba menambah kekuatan dalam dirinya.
“Aku..
hampir bunuh diri. Aku hampir bunuh jiwaku. Apa yang aku rasakan
tidak ada siapa yang tahu. Fikiranku. Hatiku. Aku.. keliru.”
Mereka
terkejut dan memandang sahabatnya dengan penuh tanda tanya.
“bermula
dari saat itu, aku rasakan memang ada sesuatu yang pelik terjadi
dengan aku. Aku sendiri tidak pasti.”sambungnya.
“El,
kau masih ingat tak masa kita jumpa dekat kolej malam tu. Waktu tu
aku minta kau tunggu kat dalam kereta. Kau masih ingat?”
El diam.
Mencuba mengingat kembali. Tapi
“bila
masa?”
Fiq mulai
tidak sedap hati. “takkan kau tak ingat. Waktu tu kau yang
mula-mula tegur aku. Tapi lepas aku keluar dari kolej tu, kau... kau
hilang. Aku cari tak jumpa.”
Masing-masing
mempamerkan riak resah. Pucat.
“aku
naik bilik dulu.” ujar El.
Tinggal Fiq
dan Am dalam persoalan. Keadaan yang menggelisahkan.
“Am,
kau rasa tak apa yang aku rasa?”
“apa
kau rasa?”
“Meremang
pula. Tapi entahlah. Aku betul-betul tak percaya dia tak ingat waktu
tu. Kalau bukan dia, siapa? Dan kenapa dia hampir bunuh diri.. bunuh
jiwanya.. apa yang berlaku sebenarnya?”
“aku
pun tak dapat nak pastikan. Aku cuma harapkan dia jelaskan semua ni
dengan terang.”
“Aku
rasa macam ada tak kena dengan...” Am menunjukan jari telunjuknya
ke arah kepalanya.
“aku
tak rasa dia gila”
“aku
tak cakap dia gila. Tapi berkemungkinan ada masalah part tu.”
Persoalan itu
dibiarkan. Menanti masa merungkaikannya.
Comments
Post a Comment