ZERO


Botol kaca yang berisi itu disimpan dengan cermat di dalam laci. Hati terdetik rasa bersalah namun tiada apa yang mampu dilakukannya.



Woi! Apasal kau tak berubah lagi ni? Kau tahu kan arak tu haram. Kenapa kau masih minum lagi?! Dasar pemabuk! Kau buat baik kat orang pun tak berguna juga. Tak dapat nak tutup dosa kau.” bentak Alif saat ternampak apa yang telah berlaku.



Yed diam. Lacinya ditutup rapat.



Dahlah. Aku malas nak layan orang macam kau ni. Dah aku bagi peringatan banyak kali tapi tak nak dengar!” Alif berlalu keluar.



_______________________________________





Sinaran matahari menyelusup masuk menerangi biliknya yang suram. Semalam rakan serumahnya, Fiq mengajaknya keluar makan. Hati terpaksa menurut meskipun masih bengang dengan sikap Alif.



Kau tak payahlah ambil hati sangat kata si Alif tu. Dia memang begitu. Perasan bagus. Dia lupa kita semua ni manusia biasa. Tidak lari pun daripada dosa.”sambung Fiq.



Yed kemudiannnya bersuara. “Entahlah, Fiq. Aku tak tahu macam mana nak buang tabiat aku ni. Aku pun nak berubah juga. Tapi bila Alif cakap macam tu, aku rasa aku tak layak untuk berubah.”





____________________________________________



Alif, aku tahu kau nak tegur dia, nak bawa dia ke arah kebaikan. Tapi bukan begitu caranya.”



Jadi, kau nak aku berlembut dengan dia? Dah dia tu ahli neraka nak buat macam mana juga”



Kau jaga mulut kau Alif! Kau tak sedar diri kau siapa.” Bentak Fiq.



Hei dahlah! Lantak kau nak cakap apa. Kau bagitau dia nanti kalau dia masih lagi buat benda yang sama, suruh dia cari rumah sewa lain. Aku tak nak tanggung dosanya” Alif mengambil kunci kereta dan terus keluar.







________________________________________________





Yed meneguk dengan rakusnya minuman di genggamannya. Kesempitan hidup dan masalah yang dihadapi memberi tekanan yang besar buatnya.



Yed!”



Tiada sahutan. Dia terlalu asyik dalam dunianya. Fiq terus mengambil dengan segera botol arak dari genggamannya. “dahlah Yed!”



Berlaku perebutan di antara Yed dan Fiq.



PRANGG



Botol kaca itu terlepas dari tangan mereka. Yed dengan bengangnya berlalu keluar dari biliknya. Ternyata peristiwa itu membuatkan hubungan mereka menjadi semakin regang. Selama beberapa hari Yed tidak pulang ke rumah.





______________________________________






Kenapa? Apa salah aku? Apa salahku ya Tuhan? Kenapa Kau buat aku begini?”



Yed mengambil pisau dihadapannya.



Adakah ini pengakhiran buatku?





....



_________________________________________







Alamak! Dah lewat dah ni.” Beg digalas dengan segera.



Kedebukkkk.



Buku digenggamannya terjatuh.



Woii!! tengok jalan la. Tak nampak orang lalu ka?”mamat dihadapannya bengang.



Sory sory. Aku nak cepat tadi.” Dia menghulurkan tangan ke arah mamat tu tapi tidak disambut.



Dia terus mengutip buku-bukunya yang terjatuh dan terus beredar.







Setibanya di Auditorium Pascasiswazah itu, dirinya disapa.



Ni dia tuan yang berhormat dah sampai. Selamat datang yang berhormat” sindirnya.



Sory bro. Aku tak perasan pula dah masanya” dia tersengih.



Dahlah. Kau pergi naik pentas sekarang. Majlis ni hampir tunda gara-gara kau.”







Dengan perasaan gugup, kaki melangkah naik ke atas pentas.





...... dan memperkenalkan jejaka tampan di sebelah saya, Mohammad Fayyadh Abdullah sebagai ahli panel jemputan kita pada hari ini. Baiklah, ahli-ahli panel dah diperkenalkan. Maka eloklah rasanya kita mulakan forum kita,”







........







Giler kau Fayyadh, hebat bener sih” ujar Mat dengan bangga.



Fayyadh menggeleng kepalanya.



Bila kau balik kampung? Lusa dah start cuti sem kan? Dan petanda bahwa kita dah nak habis semester. Uhuuu”



Habis apanya. Kita ada satu sem lagi la. Rasanya minggu depan baru aku balik. Ada hal nak diuruskan.”



hmm ok. Nanti kalau kau berubah hati nak balik sabtu ni, roger aku. Bosanlah balik sendiri” ujarnya.



Ok no prob.”





Kunci keretanya dikeluarkan dalam sakunya. Kelihatan rakannya sudah beredar dari tempat tadi. Keretanya dihidupkan dan berlalu keluar dari kawasan itu.









_____________________________________





Sebakul buah diangkat masuk ke dalam rumah. “Assalamuaalaikum..” senyuman terukir dibibirnya saat melihat orang-orang yang dikasihi di depan mata.



Rajin kau pergi sini, Fayyadh. Tak ramai orang nak luangkan masanya di tempat ni. Maklumlah pusat warga tua. Kadang aku kesian tengok dorang. Dorang jaga anak-anak seperti menatang minyak yang penuh, tapi ini balasan dorang.”



Aku pun tak tahu nak cakap apa. Mungkin anak-anak dorang tak cukup masa nak jaga. Tapi entahlah. Ada saja ibu bapa yang sesibuk mana pun dorang, dorang tetap jaga makan minum anak-anak. Zaman dah berubah, Long. Semua orang berebut-rebut nakkan kemewahan dunia. Sehingga lupa keberkatan hidup terletak pada ibu bapa. Dan lupa bahawa tiada yang kekal di dunia. Cuma perhiasan semata-mata.”





Langkahnya mendekati seorang lelaki tua yang berkerusi roda.



Pacik sihat? Saya ada bawakan buah untuk pacik.”



Pacik rindukan anak pacik.”



Suasana sepi. Hanya kedengaran bunyi guruh yang menantikan titisan hujan jatuh ke bumi.



Pacik.. pacik?”



Tersedar daripada lamunan yang panjang. Sebuah senyuman yang terukir di hadapannya kini direnung.



Fayyadh, kamu belum cerita lagi dengan pacik kehidupan kamu. Pacik nampak anak ni gembira saja. Beruntung orang tua kamu ada anak macam kamu.” Senyumannya kini hambar. Mengenangkan anaknya yang tidak pernah dijumpai sejak bertahun lamanya.



Pacik.. rasanya cukuplah kehidupan saya menjadi rahsia antara saya dan Allah. Tapi cukup untuk pacik tahu yang saya sangat bertuah sebab masih diberi peluang juga, untuk berubah”.



Berubah? Maksud kamu?”



Saya bukan seperti orang yang pacik gambarkan.” Keluhan berat dilepaskan. Jam tangannya dikerling sekejap. “Pacik, maaf saya kena pergi sekarang. Assalamualaikum.”





waalaikumussalam...”





__________________________________________





Malam menjengah. Angin bertiup kencang. Hujan belum berhenti lagi. Terasa seolah-olah langit mengetahui isi hatinya.



Ibu.. abah.. maafkan Fayyadh.” Sejadah dihadapannya dipandang. “andai waktu bisa diputar semula...”



Kelopak matanya mulai berat. Air matanya mengalir deras dek takungan yang tidak tertanggung lagi. Teringat kembali saat dulu membuatkan hatinya sesak. Sesak menanggung rindu yang tidak kesudahan.





.........................





Jam tepat 12 tengah malam. Anak yang ditunggu tidak menjelma jua.

Setelah lama menanti akhirnya dia tiba.



Fayyadh, kamu dari mana? Ibu risau apa-apa jadi dengan kamu.”



Sejak bila ibu ni prihatin dengan Fayyadh? Dahlah aku penat nak bercakap dengan ibu. Lagi satu, tolong jangan tanya aku macam-macam lagi. Rimas!”


Fayyadh! Apa salah ibu kamu buat macam ni?!” ujar En. Abdullah



Ala takkanlah hal ni pun nak kecoh. Sekarang aku nak tanya, siapa Fayyaddh sebenarnya di mata ibu dan abah?” soalnya. Dia memandang ibunya. “Kenapa ibu diam?Jawablah ibu!”



Kurang ajar!” satu tamparan singgah di pipi Fayyadh.



Abang!” Puan Mariam mendekati Fayyadh. Pipinya disapu lembut. Namun tangannya ditolak oleh Fayyadh.



Ibu tak payahlah nak berlagak baik dengan Fayyadh. Dahlah! Aku malas dah nak layan kepura-puraan ibu. Semua orang kat rumah ni sama saja!” Fayyadh melangkah keluar daripada rumah.



Ibunya tidak sempat mencapai pintu rumah lalu tergelincir dan kepalanya terhantuk di pasu kaca. Darah di kepalanya mengalir deras. Matanya mulai mengecil. Encik Abdullah bergegas mendekati isterinya lalu mencapai tangannya.





Mata yang sentiasa memandangnya dengan penuh kasih itu mulai tertutup perlahan. Tiada lagi suara yang didengari. Tiada lagi hembusan nafas dirasai. Genggaman tangannya mulai terlerai perlahan. Sebak. Hanya raungan kuat seorang lelaki kedengaran bergema di ruang rumah. Air matanya meluncur laju.



Ibu!!!”



Fayyadh bangun dari katilnya. Peluh habis membasahi tubuhnya. Mimpi. Ya sebuah mimpi. Namun mimpi itulah yang menjengah sentiasa di ingatannya. Tidak pernah luput.



______________________________________________





Kenapa kau ni?”



Kenapa apa?”



Dari tadi aku tengok kau termenung saja. Sepatah kata aku pun kau tak dengar. Iyalah aku tahu kau nak balik kampung dah tak lama lagi. Sabarlah



Dahlah aku nak balik dulu. Fikiran aku serabut.”



Fayyadh berlalu pergi.







__________________________________________________



Fayyadh? Yed? Orang yang sama kan?



Alif cuba mendekatinya.



Dah hebat kau sekarang.” sapanya



Alif? Lama tak jumpa”



senyap sebentar



By the way, dah alang-alang kau di sini, aku nak jemput kau datang event aku. Ni kadnya.” dia memberi kad itu kepada Alif. “kalau kau tak sudi datang tak apa. Ada ramai lagi yang datang. And it doesn't affect my reputation.” Fayyadh berlalu pergi. Dia tidak betah berdiri di situ.



Alif memandang kad itu dengan pelik. Belum sempat dia bersuara,



Dan satu lagi, just a simple reminder for you. Tolong sedar yang kau bukan tuhan. Jadi jangan nak judge orang sesuka hati. Kita sama-sama tak sempurna. Assalamualaikum.” sambung Fayyadh. Dia meneruskan langkahnya.



Waalaikumusalam..” dingin betul dia sekarang. But I deserve it kan. Alif merenung kembali kad itu.






Setelah habis acara, Fayyadh pergi menziarahi lagi ke rumah orang tua itu. Namun, kali ini dia berasa pelik. Ketiadaan lelaki tua yang sering diajak berbual itu menimbulkan tanda tanya.



Long, mana Pak Cik Dollah?”



Dia dah jumpa dengan anaknya. Ada lelaki tu bawa dia balik.”



Anaknya? Macam mana dia jumpa anaknya.”



Itu aku tak tahu. Yang aku tahu, tadi tengahari tu ada lelaki datang dan cakap yang dia dah jumpa anak lelaki Pak Cik Dollah.”



Pak Cik tu macam mana pula? Dia memang ada cakap yang dia tu anaknya?”



Ya. Tapi, peliknya riak muka lelaki tu macam.. hmm tak apalah. Yang penting Pak Cik Dollah gembira tu pun dah cukup.”



Fayyadh berkerut dahi. Pelik. “Kau ada alamat lelaki tu tak?”



Tak ada pula.”



Tak apalah. Aku gerak dulu. Ada hal. Apa-apa masalah bagitahu aku.”



Okey.”







Fikirannya terganggu. Ada sesuatu yang belum selesai. Tapi dia sendiri tidak tahu apa.

Dia melepaskan keluhan berat.



Sesaat dia leka melihat paparan pada media sosialnya, dia ternampak satu mesej masuk dalam emelnya.



Pelik. Satu fail cuba dimuat turun.



Fayyadh kaku terdiam. Apa yang baru dia lihat itu merupakan satu gambaran yang tidak dijangkakan. Dia bergegas mengambil kunci keretanya.



Mat, aku keluar kejap. Tolong ambilkan barang pos aku kalau ada sampai nanti.”





Dengan berbekal alamat yang diterima, dia segera memandu menuju ke rumah itu.







____________________________________________



Kebenaran merupakan satu kenyataan yang perit untuk didengari . Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan.



Fayyadh merenung lama tangannya.



Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah diketahuinya.



Kenapa? Kenapa aku....?



Air matanya kesekian kali keluar lagi. Dia menekup wajahnya. Membenamkan rasa penyesalan yang begitu banyak.





Dia mengingat semula kejadian yang dia menemui Pak Cik Dollah. Kejadian dia mengetahui kenyataan itu.





..





Pagi itu. Dia berdiri kaku. Dihadapannya tersergam indah rumah agam berwarna putih. Namun kelihatan sedikit usang dan pagarnya juga sedikit berkarat.



Dia melangkah setapak masuk ke perkarangan rumah.



Abah?” dia terkejut. Dia menggosok matanya berulang-ulang kali. Betul. Lelaki yang berusia itu serupa bapanya. Dia segera memeluk erat tubuh itu.



Abah! Yed rindukan abah..”



Pelukan itu masih lagi tidak berbalas. Dia kembali menjarakkan dirinya.



Fayyadh.. Ni Pak Cik Dollah.”



Fayyadh lebih terkejut. “Mana abah? Pakcik ada nampak tadi kan?”.



Dari tadi pacik saja di sini.”



Tak mungkin! Mana abah, pacik?”



Pak Cik Dollah menepuk bahunya. “Kita masuk dulu. Kita cerita di dalam saja.”



Fayyadh diam menurut katanya.







Masih lagi ingat rumah ni?” Pak Cik Dollah mulai bersuara setelah sunyi menemani mereka.



Ni rumah pacik?”



Sebenarnya..”



Yed!” Alif tiba-tiba bersuara dan menghampiri mereka.



Kau?”



Aku nak minta maaf. Aku yang bersalah.” ujar Alif.



Aku tak faham. Apa..”





Fayyadh....”



Pak Cik Dollah membawa Fayyadh duduk di sofa.



Pacik tahu serba serbi keluarga kamu. Selama ini pacik kurang pasti tentang kamu. Tapi bila pacik dengar cerita kamu dari Along, pacik tahu kamulah anaknya kawan pacik, Abdullah. Pacik sedar dan tahu hati kamu masih menyimpan rasa marah dengan ibu dan abah kamu.”



Aku tak dapat terima hakikat yang mereka tipu aku!”



Fayyadh, dengar sini.. dorang ambil kau jadi anak angkat itu sudah cukup baik. ”



Tapi tetap mereka tipu aku!” Fayyadh memotong bicaranya.



Ibu dan abah kamu sangat sayangkan kamu, Fayyadh. ”



Fayyadh terduduk. Terdiam tanpa kata.



Betul tu, Fayyadh. Aku... Aku minta maaf sebab selama ni aku banyak buat salah dengan kau. Aku tuduh kau. Aku tahu sebelum ni kau anggap aku sahabat baik kau. Walau aku kutuk kau macam-macam, kau tetap layan aku macam kawan. Tapi aku..” Alif tertunduk sepi.” Aku khianat kau. Dan aku tipu kau, aku cakap mak kau keluar dengan lelaki lain, mak bapa kau tipu kau, pergunakan kau... Aku fitnah kau macam-macam. Dan aku... aku sendiri tinggalkan bapa aku.”



Riak wajah Fayyadh berubah.





Kau bangsat!” Fayyadh berdiri dan menarik kolar baju Alif. “apa salah aku dengan kau ha! Kenapa kau buat aku macam ni?!”



Alif tersungkur jatuh setelah terkena tumbukannya.



Pak Cik Dollah segera menahan Fayyadh. Risau dia mulai berkelakuan ganas.



Sabar, Yad. Sabar”



Memang patut pun dia begini, ayah.” Alif mengelap darah di bibirnya. Dia berdiri perlahan. “Dan Yed.. aku mulai sedar kau dah berubah. Kau makin teruk. Aku perhati kau selalu cakap sendiri. Aku fikir aku salah. Tapi ni Yed...” Alif menghulurkan kad yang pernah Fayyadh beri dengannya. “kad kenalan doktor psikiatri,Yed..”



Ini...”



Aku dah hubungi doktor ni. Dia dah beritahu aku.”



Fayyadh terdiam kaku.







Satu per satu memorinya kembali menjengah.





Fayyadh! Tolong jangan tinggalkan ibu!” Puan Mariam memegang tangannya dengan erat.



Lepaslah!” Fayyadh menolak ibunya. Tanpa disedari kepala ibunya terkena pasu kaca yang berhampiran.



Fayyadh!” Encik Abdullah bergegas mendekati isterinya.”Apa yang kau dah buat ni?”



Fayyadh tak bersalah. Arghh..” fikirannya serabut. Dia gelabah. Tanpa berfikir panjang, dia berlari keluar daripada rumah.



Sempat dia menyaksikan ibunya dibawa ke dalam ambulans. Dia hanya melihatnya dari

luar pagar rumah. Resah. Fikirannya melayang entah ke mana.





_______________________________________________







Ternyata.

Ternyata Fayyadh mencipta suatu keadaan. Ya keadaan baru atau satu defence mechanism buatnya bagi menyelubungkan dirinya disebalik cahaya. Kerana bagi dia itu sudah cukup untuk menutup segala keserabutan yang melanda dirinya.



Dari awal lagi. Ya. Semuanya hanyalah rekaan bagi Fayyadh. Rekaan mengaburi mata. Dia tidak pernah menyampaikan forum. Dia tidak pernah menyambung mana-mana pengajiaan. Watak Mat, teman serumahnya yang baru juga tidak wujud.



Yang ada hanyalah bayangan. Dia tinggal di kawasan perumahan berdekatan pusat warga tua. Sendiri. Memang dia biasa pergi ke pusat warga tua itu. Along, salah seorang staff di sana. Dia juga tahu kisah Fayyadh. Namun dia diamkan. Melayan segala bayangan yang dicipta oleh Fayyadh.




Arak? Pemabuk? Memang dia dah lama jauh dari tuhan. Dia serabut. Setelah diperlakukan sedemikan oleh orang di sekelilingnya, dia terjebak. Makin lama makin dia hanyut. Bertambah lagi setelah kematian ibu dan abahnya.



.....................





adakah ini pengakhiran buat dirinya?



Tangannya direnung semula.



Pisau yang telah dilemparkan ke lantai tadi diambil semula.



Fayyadh! Kau masih ada peluang lagi. Tolong buang pisau tu.” ujar Pak Cik Dollah perlahan.



Fayyadh menoleh ke belakang. “Kau cuma imaginasi aku!” Dia memejam matanya rapat.



Aku betul. Kau tertipu dengan dunia kau sendiri. Tolong Fayyadh. Ingat Allah”



Fayyadh memegang erat kepalanya. Sakit. Terasa berpinar. “aahh kau diam!”



Pak Cik Dollah segera mengambil pisau yang berdekatan dengan Fayyadh. Dia membuang jauh-jauh pisau itu.



Fiq dan Alif melihat mereka dari jauh. Cuba bersedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku.



Fayyadh..” Pak cik Dollah menghampiri perlahan. “Allah masih sayangkan kau. Maafkan dirimu. Lepaskan segala rasa sakit yang bersarat di hati kau. Lepaskan segalanya. Pulihkan kesedihanmu dengan munajat kepadaNya. Dia Maha Mendengar. Dia tahu segalanya. Yakinlah, Fayyadh. Pasti ada hikmah disebalik semua ni.”



Esakan yang ditahan dari tadi mulai keluar. Air matanya keluar deras. Tangisannya yang kuat seolah-olah anak kecil yang kehilangan ibu. Memang. Memang dia telah hilang ibunya. Malah, bapanya juga sewaktu kemalangan jalan raya yang tidak pernah dia ceritakannya. Ya. Semua ini ditutup rapi dan disimpan kemas dalam hatinya.



Pak Cik Dollah mengusap perlahan bahu Fayyadh. Fiq dan Alif juga tersentuh melihat Fayyadh.



Berharap dia terus kuat menempuhinnya..







............................................................



...................................................................



Ujian yang Allah bagi merupakan satu anugerah bagi kita. Samaada kita akan tetap terus berada dalam suatu keadaan itu atau maju ke hadapan. Terpulang bagi kita untuk hadapinya.



Ia akan menjadi satu kemudahan hanya apabila kita melepasinya.



Saat kita susah, ingatlah ianya merupakan satu ujian daripada Allah. Adakah kita terus kekal berada di jalannya atau tidak.



Saat kita senang, ingatlah ianya juga merupakan ujian daripada Allah. Adakah kita terus berada di jalannya atau tidak.



Hidup ini sementara. Pelbagai ujian yang datang menjengah. Tidak menanti masa untuk kita bersedia.



Aku mohon. Andai kau jatuh. Bangkitlah. Andai kau rasa kau 'zero', bangunlah. Lepaskan segala rasa bebanan yang kau rasa. Aku yakin kau mampu.



Zero is just a number. You can control it. You can change it. But, you can also make it again.



Just face it. And live your life.

Comments

Popular posts from this blog

Sesuatu (PROLOG)

Sesuatu (1)

Sesuatu (2)